Assalamualaikum.
Selepas hampir dua bulan saya menamatkan pengajian di UPSI dan duduk bersenang-lenang di rumah, barulah saya sedar yang saya semakin montel dimamah usia. Sehingga saat saya menulis entri ini, saya masih dalam proses memotivasikan diri untuk menurunkan berat badan. Haha.
Minggu lepas saya ke Ipoh, seminggu. Bila saya balik, perkara pertama yang terkeluar dari mulut emak, apa yang saya makan sampai jadi gemuk macam ni. Sobs. Sentap hati. Terus berkobar-kobar perasaan nak bersenamrobik. Senamrobik jelah senaman yang paling sesuai dan senang untuk saya sekarang. Rasanya. Kononnya nak mula senamrobik pagi tadi, tapi badan tak berapa nak sihat pula (alasan alasan).
Seriously i need strict diet, kurangkan makan makanan berkarborhidrat, banyakkan exercise, minum air masak, banyakkan makan buah dan sayur. Yes, i know it all. Tapi perkara paling susah adalah bila nak buat. Ada saja yang menggoda saya dari buat semua perkara di atas. Contohnya, bila nak kurangkan nasi, emak pula masak sedap-sedap. Dari sepinggan nasi dah jadi dua pinggan nasi makan tengahari. Bila nak bersenamrobik, tiba-tiba teringat nak online Facebook lima minit untuk update status, sedar-sedar dah lima jam bertapa depan laptop.
Iklan lima saat
Pictures courtesy Amirul
Habis tu macam mana nak kuruskan badan? Asyik dengan alasan saja. Melainkan betul-betul bertekad, kan. Bilalah saya nak bertekad ni. Haih. Sekian saja luahan hati seorang penganggur yang semakin hari semakin montel.
Yang sedang memotivasikan diri.
Mamawuby.